Isnin, 15 November 2010

Sepucuk surat untuk seorang lelaki tua.

Sepucuk surat untuk seorang lelaki tua.

Saya menulis surat ini,
untuk melahirkan ketidaklupaan saya,
pada seorang lelaki tua.

Sebagai seorang anak muda yang masih hijau di pohon yang makin hilang kerapuhannya,
saya berasa sebak apabila kembali mengimbas muka kenangan kita yang lamanya.

Semakin saya membilang saat kedewasaan saya,
awak makin hilang dari kotak ingatan yang makin pelupa.

Sewaktu saya mengarang kotak-kotak abjad ini,
saya berada di sisi kipas tua yang berbunyi sepi,
dan terus terkenang waktu-waktu kita selama ini.

Saya benar-benar rindukan getaran suara awak yang syahdu,
saya benar-benar rindukan bisikan al-Quran yang awak dendangkan,
saya benar-benar rindukan bau seorang lelaki tua yang sentiasa di samping,
saya benar-benar rindukan tangan keras milik awak yang kian kaku tak tergerak.

Apa awak sihat, lelaki tua?
Saya harap bakti yang awak curahkan dahulu,
dibalas oleh rasa budi.

Apa awak sihat, lelaki tua?
Saya harap cukup segala makan dan minum awak,
supaya haus dan laparnya tidak terhalang dengan keadaan.

Saya selalu impikan,
awak masih di sini,
di atas bumi yang makin uzur, seperti awak,
saya harap, saya masih punya seorang lelaki tua.

Di bawah tanah,
saya doakan awak selamat sehingga kiamat.

2 ulasan:

dobot berkata...

T____T

mawar berkata...

doakan kebahagiaannya di sana...
sedekahkan al-fatihah...