Selasa, 8 Februari 2011

Petak.


Assalamualaikum w.b.t.

Sewaktu PLORE yang lepas, Aloy telah bertanya kepada saya, bagaimana saya mendapat nama Petak, sedangkan nama sebenar di dalam kad pengenalan saya adalah Wan Muhammad Amirul bin Wan Daud.

Sebenarnya, selain Aloy, sudah ramai benar orang yang bertanya tentang itu. Tapi, saya selalu tinggalkan mereka terus dengan soalan mereka. Payah. Payah benar untuk menjawab soalan itu. Bukanlah jawapan kepada soalan itu merupakan hal peribadi atau apa-apa sahaja yang menggelikan. Tapi terlalu rumit untuk diterangkan kerana, tiada bahan bukti yang boleh saya ceritakan untuk perkara ini.


Zine pertama saya ; Tulisan Tangan.


Sewaktu di tingkatan tiga, saya mempunyai tiga kawan baik yang sehingga ke hari ini kami masih berhubung. Kawan baik saya itu merupakan rakan sekelas saya, Aslam, Amir, dan juga Syakir. Di sebelah kanan saya ialah Syakir, di sebelah depan saya ialah Amir dan di depan Syakir ialah Aslam.

Saya dan Syakir memang suka melukis. Tapi, Syakir lebih aktif melukis dengan niat untuk meng-anjing kawan-kawan, termasuklah kami semua. Ada sahaja benda yang terjadi, pasti akan Syakir lukiskan untuk diejek.

Satu hari, Syakir melukiskan gambar kami ber-empat, saya, dia sendiri, Amir dan juga Aslam. Dan apabila sudah siap dilukiskan, saya melihat pada bahagian muka saya, Syakir lukiskan dengan bentuk bersegi empat, atau petak.

"Hoi. Asal muka aku petak?"

"Dah memang muka kau petak. Aku pun lukislah petak," kami berempat pecah dengan gelak ketawa.

Semenjak hari itu, saya menggunakan nama pena sebagai Petak. Semuanya kerana nilai sahabat, dan kerana minat saya sendiri kepada nama Petak itu. Amacam?

Dan setelah zine pertama saya sudah siap dihasilkan, saya mula memerah otak untuk melakarkan apa di cover depannya. Untuk menunjukkan suatu penghargaan buat kawan-kawan yang pernah 'hidup' dalam diri saya, akhirnya saya melukiskan kartun kami ber-empat.

Dari kiri - Saya, Aslam, Amir, dan Syakir. (sepatutnya, lukisan asal kartun kami itu, Syakir tidak mempunyai kaki. Dia hanya mempunyai asap yang memanjang seperti jin. Ya. Kerana dia sangat nakal. Macam setan.)


* * *


"Kenapa muka aku ada tanda soal?" tanya Syakir satu hari.

"Suka hati aku lah. Aku yang lukis," kata saya.

8 ulasan:

MEWRA berkata...

Takde yang lagi berharga dari cerita kau ni Petak. :)

shana berkata...

itu hari ada di maskara 24 kan?
(;

PETAK.! berkata...

Mewra ; Takda yang lagi berharga dari penghargaan ni.:)

Shana ; Ada. Awat?:)

intan suraya abd jalil :) berkata...

eh eh aku ada tu :)

shana berkata...

mcm cam tp segan nak tegur :)

PETAK.! berkata...

Shana ; Alahai. Tegur aja lah sepatutnya. :) Frinjan esok.:)

aLy A berkata...

zine tu ada lagi?
nak beli

PETAK.! berkata...

Masih ada.:)