Ahad, 27 Februari 2011

Ulasan tentang sesuatu yang, sesuatu.



Saya sempat ke teater Merocok-rocok sewaktu menjual buku petang semalam.

Bagi saya, pada pandangan seorang budak seperti saya, saya dapat menerima keseluruhan cerita dengan baik. Ada tema, dan cukup sampai. Tapi, saya agak bercelaru dengan turutan ceritanya, yang pada saya, membuatkan saya tidak faham sesetengah babak. Pernah tengok Pontianak Harum Sundal Malam yang ke-dua? Ha. Lebih kurang begitu. Tapi taklah seteruk itu.

Bagi saya, teater ini berkisahkan tentang kehidupan yang berkisaran tentang seorang manusia kepada manusia yang lain. Ianya berputar. Sepertinya teater ini juga menunjukkan satu hukum yang disebut karma ; buat baik dibalas baik dan sebaliknya. Jadi, tiada siapa yang menang dalam teater ini melainkan semuanya tewas sahaja. Semua watak turut dipermainkan, mempermainkan, dan ditermainkan.

Ya lah. Tuhan berjanji memberikan perempuan yang baik kepada lelaki yang baik. Begitulah sebaliknya. Tuhan Maha Adil.

Pada skrip pula, saya rasa skrip yang terhasil tidaklah terlalu membosankan. Dan tidak terlalu cerita-Melayu. Senang dihadam dan seterusnya saya suka. Yang jiwang, memang tak lari lah, kan?

Dan sejujurnya, setiap kali saya menonton apa-apa sahaja, saya akan menumpukan pada permainan watak. Sama ada seseorang itu berjaya membawa wataknya, atau pun tidak. Alhamdulillah. Keseluruhan watak pandai bermain dengan emosi di dalam watak mereka, walaupun cuma ada seorang dua yang agak kerap saya lihat, tersasul skrip atau sedikit gugup. Sekiranya saya diberi pilihan untuk memilih watak yang sangat berkesan dalam teater ini, saya pilih Hanif yang memainkan watak doktor pesakit gila, Aloy, dan Fazleena.

Dan sememangnya sudut pencahayaan untuk teater ini sangat terbaik dan tercantik. Saya rasa, semua memikirkan perkara yang sama. Syabas untuk Rayza, walaupun saya tahu maksud perkataan syabas dari orang seperti saya ini, tidak lah seberapa. Cit.

Sebelum pergi ke teater ini, saya hanya mempunyai 30 ringgit di dalam poket. Jadi, saya berkira-kira sama ada mahu turut pergi atau tidak. Dan setelah sampai di sana, saya tahu saya tidak mampu untuk pulang berjalan kaki kerana abang Hadi dan Naha sudah pasti mahu menonton teater ini.

Dan selepas menontonnya, saya rasa, 2o ringgit sudah cukup puas untuk meng-orgasm kan saya. Terima kasih.

'Tuhan telah mengarang lebih awal dari kita,'

1 ulasan:

aloy_paradoks berkata...

terima kasih atas tulisan...