Ahad, 17 April 2011

Dunia.

Terima kasih atas restu gambar, shafiqafitri.


Ini resepi dunia dia mahu bicara.

Katanya langgar sahaja jangan bilang pada siapa bahawa dia itu gila,
kerana dia mahu jadi lebih besar dan tidak lagi kecewa.

Ini resepi dunia dia mahu katakan.

Katanya peduli sahaja jangan berbelas kasihan meratap runtuh atas kepedihan,
kerana dia mahu jadi kuat dan tidak lagi terkesan-kan.

Ini resepi dunia dia mahu kau tahu.

Esok lusa kita mati jangan hilang dikabut rindu,
kerana dia nanti pergi terus kita tak akan pernah ketemu.

Ini resepi dunia dia mahu cerita.

Esok lusa kita binasa dengan tertindas segala rasa segala jiwa,
kerana hari ini kita lupa kita diam dan tidak lagi berasa sama.

Sial.

Tiada ulasan: