Selasa, 13 September 2011

Semoga kita dicintai semua.

Sekian lama kita terjerat dalam selisihan pendapat.
Sekian lama kita tersekat dalam perkataan yang disumbat.

Sudah lama bendera ini berkibar.
Jantung kita kian berdebar.
Sudah lama merdu ini diragu.
Kita masih terus menyanyi merdu.

Di ajak bercerita, berseloka,
tak mahu, dusta, katanya.

Di ajak bertemu sudah selalu,
hilang dan timbul dalam pelbagai isu.

Ini putaran sejarah kitaran penjajah,
mahu dibilang kasih tapi terus terfitnah.

Ini putaran sejarah kitaran penjajah,
mahu dibilang cinta tapi masih terus tersalah.

Kita ini punya anak-anak yang serinya dikocak,
kita ini punya cucu cicit yang bebannya tergalas,
ah, kasihan mereka ;

aku ini pengganas.



1 ulasan:

ORLANDO AHMAD berkata...

Gua suka...

perselisihan itu satu rahmat...

itu hakikat...

tapi bleh jadi lahanat,
kalo silap haribulan...