Jumaat, 11 November 2011

12 . 11. 11 #2

Jangan lagi menjemputnya,
untuk terus hinggap pada - setiap yang tumpul resahnya.

Jangan lagi ada,
pada ajaknya - setiap yang letih jejaknya.

Aku bukan binatang jalang,
yang dikata Chairil,
bukan aku.

Tapi aku bosan hidup bertelanjang,
menghirup sedih sedang dia meneguk kasih.

Jadi,
aku hambakan diri,
buat dirinya,
lagi.

Huh.

Sememangnya aku ini,
lelaki,
jalang.

Tiada ulasan: