Jumaat, 18 November 2011

18 . 11. 11

Kadang kita,
rasa terpaksa,
untuk lakukan,
apa yang tak disuka.

Dan pada itu,
kita selalu harapkan,
kerja itu,
pantas diselesaikan.

Kita tak mudah bersyukur,
kerana masih diberi ruang,
untuk terus hidup,
dan meraikan kerja-kerja.

Tapi kita senang mengeluh,
kerana masih dirunding akal,
pada segala yang luhur,
tentang dunia yang tak cekal.

Tuhan.
Berikan aku,
ketabahan itu.

1 ulasan:

hanaahmad berkata...

untuk hal sebegini, selalunya aku akan berfikiran positif. mungkin kau perlu cuba.