Khamis, 8 Disember 2011

09 . 12 . 11

Aku tidak pantas menjadi anak yang sempurna.
Aku tidak lekas menjadi anak yang ketawa.

Lapan belas tahun gugur satu jiwa yang ber-Tuhan dan ber-agama.
Lapan belas tahun terbit satu jasad yang ber-kasih dan ber-cinta.
Lapan belas tahun gelungsur satu roh yang ber-daging dan ter-ceria.

Aku tidak pantas menjadi anak yang sempurna.
Aku tidak lekas menjadi anak yang ketawa.

Satu sembilan - lapan sembilan,
Tuhan beri - satu pasangan,
dan lahir aku - yang terakhir,
sebelum empat - sudah terzahir.

Aku tidak pantas menjadi anak yang sempurna.
Aku tidak lekas menjadi anak yang ketawa.

Tapi,
senyumlah,
kalau kalian,
masih membaca.

Kerana aku,
masih bersyukur,
bahawa aku,
masih dicinta.

Aku tidak pantas menjadi anak yang sempurna.
Aku tidak lekas menjadi anak yang ketawa.

Tapi,
tahulah,
bahawa aku,
tak pernah ragu.

Selamat malam ;
mama - abah.

3 ulasan:

hanaahmad berkata...

sekurang-kurangnya kau masih punya masa untuk mengingati mereka. itu sudah cukup sempurna.

epilesosis berkata...

setidaknya, kamu masih diberi nafas. insyallah.:-)

MaWar berkata...

semoga menjadi anak yg soleh
bekal ibu dan bapa nun jauh di sana nanti

mereka sayang dan amat sayangkan kamu/kita/adik....