Khamis, 15 Disember 2011

15 . 12 . 2011 (Darah Rakyat - sebuah sajak memperingati Majid Salleh)

Majid Salleh ; 1923 - 2011

Di bawah sedut barah,
nafas yang terjuang yang mudah terluah,
parah menentang dan jujur meredah,
segala cinta yang dicincang dan kasih yang dipatah-patah.

Lapan - puluh - lapan ;
kau hidup,
mengerakkan buruh yang,
bersanggup.

Tujuh tahun,
terbeku darah,
demi menuntut bebas,
dari penjajah.

Semoga Tuhan,
tempatkan kau,
sebagai bunga - bangsa.

Dan bukan,
sebagai penderhaka - negara.


Majid Salleh merupakan pemuda yang aktif dalam Angkatan Pemuda Insaf (API), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), dan juga menerajui Johore South Federation of Trade Union pada zaman sebelum merdeka. Beliau juga antara yang aktif menyusun kaum buruh semasa hari bersejarah Hartal Se-Malaya pada 20 Oktober 1947. Pada tahun 1948, beliau telah ditangkap oleh penjajah British dan dipenjarakan selama 7 tahun atas penglibatan beliau dalam gerakan anti-penjajah dan kebangkitan menuntut kemerdekaan.

Pada pagi 14 Disember 2011, Majid Salleh telah menghembuskan nafas terakhir dan pergi meninggal kita buat selama-lamanya pada usia 88 tahun di Kampung Sengat, Ipoh, Perak.

1 ulasan:

hanaahmad berkata...

al-fatihah. moga tenang arwah di sana.