Dalam kegeringan manusia yang tersohor sudah tiada.
Dan asap-asap kelabu yang teribut dalam geraknya masih menanti pada hilang setiap anggota. Dia masih di situ dan menunggu sekiranya ada.
Sekiranya masih ada.
Sekiranya masih ada.
Peluang untuk dicinta,
peluang untuk mencinta,
peluang untuk bercinta,
dengan Tuhan ;
yang sentiasa Ada.
Sebuah beg kulit di singsing tangan,
jaket hitam lusuh di balut badan,
dia berdiri tegak,
walau kakinya ditempias hujan.
Ah.
Kereta api yang terakhir sudah pun berlalu.
Dia masih di situ.
1 ulasan:
Aku macam faham perasaan dia. -P-
Catat Ulasan