Sabtu, 4 Februari 2012

Cer-bang (cerita gebang) #2.

Beberapa kali aku terbaca statusnya di Facebook. Perkataan seperti aku manusia jalang, mati muda dan masam dunia seringkali terdengar. Kadang-kala, lucu juga melihat adanya manusia yang seperti ini. Kerana dia terlalu berbeza. Entah apa bezanya, tidak dapat juga aku maksudkan. Dan setiap kali aku bertanya, kerana saja-saja mahu mengorek sekiranya terdapat rahsia yang dipendamkan, dia sekadar berkata ;

"Itu semua random,"

Dia dan hidupnya seringkali random. Rasok - seorang lelaki yang dapat aku khususkan kehidupannya seperti binatang-binatang yang berjalan bebas, dan sesetengah waktu disengkang oleh penindasan manusia. Tapi, masih tidak dapat aku bahagikan bahawa kehidupannya itu bagaimana, kerana binatang (seperti yang aku bilang) juga mempunyai tujuan tertentu dalam hidup mereka.

"Aku nak balik," katanya pada suatu hari di Facebook. Dia menegur ku tiba-tiba. Aku memulakan perbualan seperti biasa.

"Balik lah. Kau kat mana ni?"

"Dunia. Aku nak balik pada pencipta," jawapnya. Dan aku pula entah kenapa, menjadi bingung kerana tidak pasti untuk apa aku menjawap kenyataannya yang selepas itu. Jadi - aku membuat keputusan untuk mematikan perbualan kami dengan tiba-tiba. Mungkin ada sebabnya aku berbuat demikian. Sebabnya ; masih belum juga aku ketahui.

Aku cuba-cuba mencari sesuatu di profile Rasok. Yang ada, cuma status-status nya tanpa di-like sesiapa atau di-comment sesiapa. Dan sangat berbeza dengan waktu-waktu yang sebelum itu, rakannya di Facebook cuma seorang, dan ternyata manusia itu aku.

Bingung. Sebelum ini rakan-rakan alam maya-nya sudah pun mencecah hampir satu ribu. Tapi pada hari itu, ku lihat hanya seorang. Iaitu aku.




2 ulasan:

Penjiwa Jalanan berkata...

hem, macam mana ya

ghost berkata...

kepercayaan.

dia percaya bahwa kau satu2nya kawan yang dia akan temui untuk suatu yang aku sendiri tidak tahu.

jadi,perhalusi apa halanya yang sekarang.