Khamis, 8 Mac 2012

09 . 03 . 12 #Gijolo KL - METRO.

Kuala Lumpur memanjatkan kesyukuran ke atas rezeki yang dikurniakan oleh-Nya. Dia merentasi beberapa batas yang terbuka di dalam ruang bumi-Nya untuk mengembara, dan akhirnya dia terjaga.

Hai langit, kata Kuala Lumpur. Kau sihat? Sambung Kuala Lumpur lagi.

Langit terdiam. Lama. Dan setelah itu, dia menghembuskan nafasnya perlahan.

Hahh, hembus Kuala Lumpur. Kerana dia tahu. Langit tidak pernah bersuara. Dan dia - Kuala Lumpur, selalu heboh dengan bising yang tidak pernah putus-putus, siang dan malam.

Lalu dia bersyukur. Lagi.

1 ulasan:

ghost berkata...

kuala lumpur belum terbakar, bro.