Khamis, 22 Mac 2012

23 . 03 . 12 #Menuju periksa terakhir,

Aku gelungsur dari rahim ibu.

Hari yang pertama dan yang pertamanya,
dunia masih lagi segar dan masih juga begitu.

Bila diazan di telinga syahdu - lupa.

Tapi setiap kali merdu bang memanggil,
dan setiap kali itu juga tercuba untuk mengimbas jika diberi masa.

Sayang sekali,
waktu-waktu itu aku gugur sebagai bayi yang pelupa.

Kerana sekiranya aku pernah jujur untuk mendengar,
apakah hebat benar laung ibu,
dan apakah getar benar suara abah ;

aku pasti anak yang lain hari ini.

Cuma,
Tuhan tahu,
kalau tidak ku ucap,
bahawa - ku sayang mereka,
Tuhan tahu.

Tapi kalau benar ibu masih ingat jeritnya pedih,
tapi kalau benar abah masih ingat tangisnya jernih,

aku juga masih ingat,
kasih ku raih.

2 ulasan:

hanaahmad berkata...

kau masih punya masa selagi kau masih mengingat keduanya. :)

nina berkata...

Menghargai itu punya seribu cara.