Selasa, 26 Jun 2012

26 . 06 . 12 #Pecah Lynas.

Kiranya kau seorang wanita,
dengan nama yang seindah syurga - itu,
aku ingin benar,
menikahi mu,


Kiranya kau seorang lelaki,
dengan nama yang segagah seri - itu,
aku ingin benar,
menyantuni mu.

Mungkin benar apa yang ku fikir kan ;
bahawa Aisyah dahulu, tidak seperti Aisyah tahun dua ribu.

Atau Muhammad yang dahulu,
tidak seperti Muhammad di zaman ku.

Tapi kau bukan seorang wanita,
atau kau bukan seorang lelaki,
yang punya nama seindah syurga,
atau nama segagah seri.

Cuma kau sebuah perkataan,
yang tidak bernyawa.

Dan ku harap,
kau akan pergi (atau mati),
di waktu ini.

1 ulasan:

nurul syazwani :) berkata...

Teruskan memecut merentasi graviti bro!