Selasa, 17 September 2013

Selepas sudah.

Ketika kita masih lagi muda,
masih lagi bercerita soal dunia,
bercerita kenapa kau di situ dan aku di sana,
kau terasa -
mengapa?

Dan apabila kau soalkan,
tentang sebuah kekalutan -
dan peperangan,
kau;
terkasihan -
mengapa?

Aku mahu tahu,
tentang sebuah cerita,
yang timbul di kerut dahi mu,
yang rongak di aras gusi mu.

Aku cuma mahu tahu,
cuma mahu tahu.

Dan selepas sehari kau mati,
aku sudah pun terpuji.

Oleh bulan,
ketakutan,
matahari,
dan keberanian.

Tiada ulasan: