Sabtu, 27 Mac 2010

Penggali kubur.

Assalamualaikum w.b.t

Tadi gua dalam perjalanan ke kedai. Malas nak naik motor. Sebelah rumah gua ada orang kahwin. Jadi, susah nak bawa keluar motor. Gua tak berapa gemar dengan tindakan menyaku hadirin yang datang semata-mata nak bawa motor keluar dari rumah. Jadi, gua jalan kaki.

Dalam perjalanan ke sana, awan tiba-tiba mendung. Gua syak, ada sesuatu yang bakal terjadi. Tapi, gua buat-buat cool. Buat-buat James Bond.

Tiba-tiba, gua ternampak sesusuk tubuh yang kurus. Beliau memakai kot kulit berwarna hitam, seluar kulit warna hitam, dan topi bulat berwarna hitam. Gua dah standby pura-pura bawa keluar pistol dari celah pinggang.

UNDERTAKER.!

Seorang ahli gusti yang popular dengan sifat kekuburannya, bertembung dengan gua. Tapi badan beliau sudah tak sasa lagi. Yang tinggal, sekadar tulang sikit-sikit dengan kulit hitam legam, sambil kesat-kesat hidung yang berair.

Undertaker pegang bahu gua.

"Brader. Lu ada rokok tak.?"

"Sorrylah brader. Gua tak hisap rokok."

Nyaris-nyaris gua nak terkeluar bahasa Inggeris yang gua pelajari ketika berada di Manchester dulu.

Undertaker terkejut mendengar kata-kata gua. Mukanya berubah marah. Matanya dijengilkan.

"Apaaaa. Takda rokok.?!!!!"

Kata Undertaker, sambil menggengam buku limanya. Lantas beliau mencekik leher gua, dan cuma membuat taktik yang selalu di gunakannya di atas gelanggang.

Memandangkan beliau sudah kurus, dan gua lebih gemuk berbandingnya, Undertaker sekadar mencuba mengangkat gua dengan muka yang merah.

Gua tepis tangan beliau, cekik leher beliau semula, menjulang Undertaker ke udara, dan menghempas beliau sekuat hati ke atas jalan raya.

Mulut Undertaker berbuih.

Gua tersenyum puas.

2 ulasan:

Faiqah T. ♠ berkata...

choke slam !

M-M-Miraaa berkata...

apa kau merepek derrr