Khamis, 23 September 2010

Puisi malam kejut.

Melingkup dalam kehidupan yang membebankan,
aku terasa dijajah perlahan-lahan.

Seluruh malam aku rasa payau,
setiap siang jiwa aku kacau,
senja tak lagi menghulur burung yang berkicau.

Berganti bunyi mesingan saling bertukar, aku risau.

Risau pada dunia ini,
aku hidup dalam kepura-puraan.

Sungguh, aku risau.

Tiada ulasan: