Khamis, 14 April 2011

Lelah lelah.

Dia mencacah badannya,
dari kepala ke hidung,
dari hidung ke bibir,
dari bibir ke dagu,
dari dagu ke leher,
dari leher ke dada,
dari dada ke pusat,
dari pusat ke lubang kencing,
dari lubang kencing ke peha,
dari lubang peha ke lutut,
dari lutut ke tulang kering,
dari tulang kering ke buku lali,
dari buku lali ke tapak kaki,
dari tapak kaki ke setiap jari-jarinya,

dan dari situ,
dia berdoa,
dari dirinya kepada Tuhan,
semoga dia ditaubatkan,
kerana dia tahu,
neraka itu celaka.

Dan esoknya,
dia mencacah lagi badannya,
selagi punya ruang dan tempat,
lalu bertaubat.

Tiada ulasan: