Ahad, 10 April 2011

tanpa noktah

Sehembus lagi aku hilang dimamah kering-kering padang yang gersang dan tak pernah kau laluinya sendiri tapi kau bilang pada mulut yang terjahit ini ( kononnya ) kau sudah cukup dewasa untuk menghargai setiap jalan yang pernah kau jajahi dan setiap ruang yang pernah kau penuhi kerana kau itu lebih tua dari ku lebih berumur dari ku lebih bergaram dari ku dan memaksa aku ke jalan yang dalam ini untuk mengaku bahawa aku ini salah dan tetap salah lalu sebaliknya kau tetap benar dan selalu benar apabila bercakap tentang pendapat sesama kita dan dunia terlalu mencintai mu sehinggakan kau terlalu jujur untuk dibilang apa-apa yang kau tanggapkan sendiri dan aku berfikir tanpa noktah

Tiada ulasan: