Sabtu, 28 Mei 2011

Taktak.

Jarinya terhukum tidak dibenar tergerak,
walau dia mampu.

Otaknya disekat tidak dibenar terfikir,
walau dia mahu.

Kakinya digari tidak dibenar terlangkah,
walau dia mampu.

Suaranya dihadang tidak dibenar teriak,
walau dia mahu.

Sumbangnya retak ditikam keris berkarat,
kepalanya pecah ditembak peluru yang tercurah,
maruahnya hilang ditelan kegagahan,
songkoknya habis hilang terbang entah mana menghilang.

Demi kuasa,
dia tidak mampu,
bercerita.

Tiada ulasan: