Isnin, 5 Disember 2011

06 . 11 . 11 #2 (cerbang - cerita gebang)

Dia tidak faham sebenarnya apa yang sedang dicerita oleh Chris Martin di dalam lirik lagunya. Yang dia tahu, rentak lagu yang sedang didengarnya sekarang, sangat kena dengan jiwanya pada waktu ini.

Ada padang yang luas di depan matanya kini. Tingkap terbuka, menghembus angin pagi dan berhenti seketika, kemudian menghembus lagi.

Kau bodoh, Ali. Kau bodoh. Sumpahnya, pada diri sendiri.

Tiada ulasan: