Isnin, 30 Januari 2012

30 . 01 . 2012

Menjadi manusia yang jijik di sisi manusia,
menjadi manusia yang kaku di sisi manusia,
tak bersependapat tapi lahiriah ku sama,
dan cinta pada yang Esa,
tetap Satu dan tidak lagi punya beza.

Aku diminta bersyukur kerana masih mampu melangsungkan hidup.
Tapi aku masih mahu dan terus mencari kesempurnaan sebelum ku terlangkup.

Aku diminta tenang kerana masih mampu di beri peluang.
Tapi aku bingung tentang apa peluang yang dicanang-canang?

Apakah undang-undang ini masih manusiawi,
menyekat kehidupan dan tidak lagi berahi?

Apakah undang-undang ini masih lagi merasa simpati,
pada setiap anak kecil yang merasai?

Aduhai sayang.
Ini,
permintaan pertama, dan terakhirnya.