Khamis, 2 Februari 2012

03 . 02 . 12

Manusia adalah papan peluncur yang jatuh dari kepala bukit.

Ia akan terus meluncur,
menyokong graviti,
yang sopan tak hancur,
di rusuk bumi.

Manusia adalah papan peluncur yang jatuh dari kepala bukit.

Ia akan terus meluncur,
tanpa henti,
selagi tiada yang merela - dengan luhur,
dan merasuk bakti.

Manusia adalah papan peluncur yang jatuh dari kepala bukit.

Ia akan terus meluncur,
tanpa rela mahupun gembira,
tanpa suara mahupun kata,
tanpa mata mahupun telinga.

Manusia adalah papan peluncur yang jatuh dari kepala bukit.

Tanpa suara,
dan tanpa beza.

Tiada ulasan: