Khamis, 2 Februari 2012

Cer-bang (cerita gebang) #1.

Aku terangguk-angguk menahan geli. Ada maksud yang terbimbing oleh ajaran antara patah butir perkataan yang ditaip olehnya. Mungkin benar telah dimaksudkan, atau mungkin juga aku yang terlampau jauh berfikir.

Dia bermula menjadi rakan ku di sebuah laman sosial – Facebook – beberapa waktu yang lalu. Dan kami tidak pernah berjumpa. Langsung tidak pernah. Wajahnya pun langsung tidak ku tahu. Dia meletakkan sebuah lukisan yang seperti ke-anak-anak-kan sebagai gambar utamanya.

Pernah juga sekali aku bertanya, mengapa di letakkan lukisan seperti itu di dalam laman sosial yang boleh dilihat oleh macam-macam jenis manusia, tidak kira kenalan yang baru atau kenalan yang sudah lama. Dan sebelum dia menjawapnya, patah perkataan yang dibalasnya melalui pesanan ringkas di Facebook itu dimulakan dengan ketawa pendek – hahahaha.

“Aku tak hensem. Dan untuk apa aku letak gambar aku yang sebenarnya kat Facebook? Kalau betul kau nak jadi kawan aku, kau tak kan tengok apa yang aku ada. Tapi kau akan tengok apa yang aku rasa. Rupa, akan jadi satu cermin untuk kau nilai aku ni orang yang macam mana. Aku tak percaya kat first impression,” balas dia.

Sesudah beberapa bulan, apa yang aku kenali darinya hanya lah sebutir nama tanpa makna – Rasok. Seketika kemudian, setelah aku panjangkan hal ini kepadanya, dibalas semula dengan kata-kata yang melucukan, juga dimulakan dengan – hahahaha.

“Nama – tak pernah memberi apa-apa makna. Rasok tu, random. Rasok hanya nama aku kat FB. Kau boleh panggil aku dengan macam-macam nama lain. Manusia ada banyak nama. Nama hanya beri keyakinan pada seseorang untuk buat macam-macam benda. Kalau nama tu sungguh penting, Idris misalnya nama aku, kenapa pernah dulu orang panggil aku kepeng? Dan lepas tu panggil aku gemuk. Pernah juga orang panggil aku hitam. Kenapa orang tak panggil aku Idris? Sebab nama kita, nama kau, atau nama seseorang, tak ada nilai pun,”

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hhahahah nama atas ic je. eh? hahaha

hanaahmad berkata...

bermakna, dia tak punya keyakinan kuat untuk menjadi dirinya sendiri. kurang-kurangnya harus ada sedikit keyakinan kalaupun mahu orang mengenalinya tanpa wajah atau nama. ;)

Tanpa Nama berkata...

Tidak juga bermakna dia tidak punya keyakinan, kerana first expression mempengaruhi cerita=cerita akan datang. Imej, yang akan menjadi blue print yang dibelek-belek manusia lainnya dalam membentuk komunikasi, percayaan apa saja kita nak kaitkan. Bukan pasal tidak punya keyakinan kuat untuk menjadi diri sendiri.

Aku pernah jadi, salah seorang.

Ninaa. berkata...

Bukan tak berkeyakinan, cuma manusia suka hipokrit. dan selfish.