Jumaat, 11 Januari 2013

12 . 01 . 13 #Telah mati.


Aku membaca sebuah puisi,
yang judulnya tentang –
mati.

Aku telah hidup bersama paru-paru ini hampir dua puluh tahun,
dan sepanjang waktu itu –
aku mengelamun.

Ada anak-anak comel dari perut ibunya yang montel,
memanggil.

Aku terharu,
dan terbisu.

Meminta sepintas lalu tentang anjing-anjing yang menambrak ku dari pasar yang bising,
aku pening.

Tumbukan mereka bertubi-tubi di dada ku,
berbalas dengan perkataan yang asing dan tidak mampu untuk aku ;
bertalu-talu ;
membisu.

Kau telah hilang,
di dalam sebuah longkang,
yang hancing dengan kencing,
yang hanyir dengan pelir,
yang setan dengan amukan,
kau telah hilang,
di dalam sebuah longkang.

Aku membaca sebuah puisi.

Telah membaca.

12 . 01 . 13 / RN / 0158 am

2 ulasan:

mewra berkata...

So deep Petak. btw, aku selalu jumpa perkataan pelir, tapi susah betul nak buka kamus cari makna dia --"

Anem Arnamee berkata...

Petak ..

Salam kenal :)

Daud tu ayah anda ke anda ?

Maaf . sekadar mahu tanya .

Ok. kalau kena marah tak tanya lgi dah .

twitter : @arnamee .