Jarinya terhukum tidak dibenar tergerak,
walau dia mampu.
Otaknya disekat tidak dibenar terfikir,
walau dia mahu.
Kakinya digari tidak dibenar terlangkah,
walau dia mampu.
Suaranya dihadang tidak dibenar teriak,
walau dia mahu.
Sumbangnya retak ditikam keris berkarat,
kepalanya pecah ditembak peluru yang tercurah,
maruahnya hilang ditelan kegagahan,
songkoknya habis hilang terbang entah mana menghilang.
Demi kuasa,
dia tidak mampu,
bercerita.
Sabtu, 28 Mei 2011
Khamis, 19 Mei 2011
Allah.
Apabila terbit suaranya kecil memanggil dunia di kerongkong pertama,
ayahnya awal lagi sudah berbisik tentang - jadi manusia yang berguna,
seperti bapa-bapa yang lain juga mengharapkan anak ini senantiasa menurut akal hatinya,
dia berkata.
Apabila anak ini sudah tiba membangkit besar menimang usia,
sepatutnya dia sudah mampu mengurus segala memikir perkara,
tapi ayahnya masih seperti dahulu - aku ini lebih ber-garam dari mu,
jangan pernah sesekali membantah kata ku.
Dan apabila sudah sekali merasa duri,
anak ini - tak mengapa, dia ayah ku,
tapi jika perkara yang sama berulang kali terjadi,
gunung yang tertahan meletup tak sempat di saku.
Si ayah merah mata menahan marah membilang derhaka,
anak ini terdiam melihat ayahnya lantang bersuara,
tapi dia sedang mengira sampai bila mahu terus durjana,
tentang ayahnya yang lebih usia, di anggap benar-benar sahaja.
Dia, ter- celaka.

Selasa, 17 Mei 2011
Untuk dia, seekor.
Dia seekor gagak hitam.
Bila datang awan yang kelam dia tidak lari,
malah jari-jari tajam-nya merakus cakar bayu yang kejam.
Dia seekor gagak hitam.
Bila mati rakannya dia tidak tertangis meludah Tuhan,
malah jari-jari tajam-nya merakus cekap tanah yang lembap.
Dia seekor gagak hitam.
Bila ternampak bangkai busuk dia tidak termuntah pada luah,
malah jari-jari tajam-nya pantas meratah seluruh yang padah.
Dia seekor gagak hitam.
Bila hatinya hancur dirobek siapa-siapa dia tidak lagi resah menyumpah seranah,
malah jari-jarinya kukuh menjahit dada dan mengesat mata.
Dia seekor gagak hitam.
Dia seekor gagak hitam.
Seperti aku.

Langgan:
Catatan (Atom)