Khamis, 14 Julai 2011

Avroco.



Kanser yang awak sakitkan, sudah pergi jauh, seperti jauhnya awak tinggalkan kami. Jangan risau, kawan. Kami sentiasa ingatkan awak. Tidurlah. Kami masih mahu terjaga. Dan sampai suatu masa, kami akan sama juga seperti awak. Tidurlah. Nanti, kami tiba.


Dalam jauh rasa kita bersama,

tentang syahdu dunia yang awak selalu kata,

kita,

masih selalu berdua.

Selamat tinggal.

Legasi ini, biar kami,

hadapi.

Al - Fatihah.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alfatihah :')

ghost berkata...

kami masih mau hidup
seperti ketika kau masih hidup