Ahad, 5 Februari 2012

Cer-bang (cerita gebang) #3.

Sudah beberapa lama, iaitu boleh aku simpulkan sebagai hampir dua kali bulan penuh, Rasok tidak lagi menghubungi ku. Maksud ku, Rasok tidak lagi menegur ku di Facebook. Tidak juga menaip status-status yang apabila ku baca, pasti ku kenali bahawa itulah tulisan si Rasok. Tidak. Mudah untuk diterangkan adalah perkembangan tentang Rasok melalui Facebook sudah pun tidak lagi ku kelihatan.

Aku teringat semula, setelah beberapa lama terlupa, tentang perkara terakhir yang dibilang pada ku suatu ketika dahulu.

"Aku nak balik pada pencipta,"

Lalu aku terbayangkan pula, apakah benar dia sudah kembali pada Maha Pencipta? Dan sekiranya benar pula dia sudah tiada, bagaimanakah lagak matinya? Apakah sendirinya dia menjemput maut di tangan malaikat, atau benar takdir di-arah Tuhan dan sudah tertulis pula di dalam suratan kehidupan untuk ditarik nyawanya oleh Izrael?

Aku mulai risau. Sebentar-sebentar aku rungsing memikirkan sekiranya benar-benar telah hilang rohnya di bumi ini. Aku merisaukan sekiranya benar-benar telah terpisah jasad dan rohnya dari duniawi ini. Aku berpeluh setitik dan dua mengkhusyukkan sekiranya tiada lagi insan bernama Rasok itu untuk aku bualkan tentang macam-macam perkara yang bagi ku, melucukan, dan baginya, logik di masuk akal.

Tapi sebentar pula, aku tersedar. Apakah aku ini kenal benar dengan si Rasok itu? Apakah dia itu saudara mara ku sehinggakan perlu aku meratapi dan menangisi serta merisaukan sekiranya dia benar-benar sudah hilang ditelan bumi? Apakah aku pernah mengenali wajahnya untuk aku rindu-rindu kan? Apakah sudah puas perkenalan antara kami yang hanya ku tahu nama panggilannya Rasok untuk aku menungkan?

"Aku ini, kau, kita semua yang masih hidup dan yang masih bernafas, satu hari nanti pasti akan mati. Mesti akan merasai sakitnya mati. Cuma bezanya, masa aku bila, dan masa kau bila. Dan apakah sakit yang kau rasa masa nak mati tu, sama dengan apa yang aku rasa. Dan adakah perasaan nak mati tu, pernah kita rasa waktu kita hidup sekarang ni," kata Rasok, satu waktu dahulu.

Sepanjang apa yang selalu ku kenali Rasok dari awalnya hingga akhirnya, dia adalah manusia yang, hurm, ya, random. Random dan walaupun begitu, perkataan mati selalu juga disebut-sebut di dalam perbualan kami, menjadikan Rasok, pada tanggapan ku sebagai seorang yang selalu fokus akan kematian. Kerana kata Rasok, manusia yang berfikir akan kematian ini ialah manusia yang tidak malang. Apakah maksud Rasok, tidak aku ketahui.

Cuma yang menjadi persoalan ku kini, apakah benar mati itu sudah memeluk Rasok dan hilang sudah seorang insan dari dunia ini?

Pernah pada suatu ketika, aku menaip sesuatu berkenaan hari lahir (kerana hari itu merupakan ulang tahun kelahiran ku) di status Facebook ku. Dan setelah beberapa lama kemudiannya, Rasok membalas sesuatu di ruangan comment ;

"Tak guna kau kira usia. Yang akhirnya ajal. Dan yang perginya, dunia,"

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

erkkkk tak boleh ke nk rasa sikit nikmat hidup? selmnya ingt mati?

ghost berkata...

setiap masa aku mati...

Pisey berkata...

Peh.